Cara-cara Format Hard Disk
- Ikut sahaja langkah-langkah di bawah untuk install Windows. Senang, kan?
- Tak perlulah habiskan duit sehingga RM40 (atau mungkin lebih) untuk menghantar komputer anda ke kedai hanya kerana nak format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri :)
- Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to
boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula
membaca dari CD Windows XP. - Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a
third party SCSI or orRAID driver”. Mesej ini penting sekiranya anda install
Windows XP ke atas hard disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan
disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak,
abaikan mesej ini dan teruskan ke Langkah 3. (Nota: Sekiranya anda
nak install Windows XP kepada hard disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini) - “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.
- Jika anda menemui skrin “Setup did not find any hard disk” ini,
besar kemungkinan anda menggunakan hard disk SATA.
Kembali kepada Langkah 2, atau ikuti langkah ini. - “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.
- Sekiranya hard hisk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya
sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang
ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.
Sekiranya hard disk anda:
- masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
- tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
- Buat satu partition dengan menekan butang C.
- Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.
- Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan
dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan
data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive. - Tekan butang C untuk setuju.
- Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.
- Tekan butang F untuk format Hard Disk.
- Setup akan mula format hard disk dan menyediakan fail bagi proses
install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan
restart dengan sendirinya.
No comments:
Post a Comment