Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Wednesday, August 18, 2010

@**Encryption**@


     Penyulitan (bahasa Inggerisencryption) ialah proses untuk mengaburkan maklumat supaya tidak dapat dibaca tanpa pengetahuan khusus. Sedangkan penyulitan telah digunakan untuk melindungi komunikasi selama berabad-abad, hanya pertubuhan-pertubuhan dan individu-individu yang mempunyai keperluan menyimpan rahsia yang luar biasa pernah menggunakannya. Bagaimanapun, pada pertengahan dekad 1970-an, penyulitan muncul daripada domain tunggal agensi-agensi kerajaan perahsia dan memasuki domain awam. Proses ini kini dipergunakan untuk melindungi sistem-sistem yang digunakan secara meluas, seperti e-perdagangan Internet, rangkaiantelefon bimbit dan mesin juruwang automatik (ATM) untuk perbankan.
     Walaupun penyulitan boleh digunakan untuk memastikan kerahsiaan, teknik-teknik lain masih diperlukan untuk memastikan keselamatan komunikasi, khususnya untuk menentusahkan kesempurnaan dan kesahan perutusan; umpamanya, kod pengesahan perutusan (MAC) atau tandatangan digit. Lagi satu pertimbangan ialah perlindungan terhadap analisis trafik.
     Penyulitan atau pengeliruan kod perisian juga digunakan untuk perlindungan daripada sebarang penyalinan oleh kejuruteraan balikan, analisis aplikasi tanpa kebenaran, pemecahan kod perisian, dan cetak rompak perisian yang digunakan oleh pelbagai perisian penyulitanatau pengeliruan.

No comments: