What to do? -set ip address -set router -buat routing
What need to have? -cisco router -DCE cable -Console Cable – untuk device sama ( PC ke PC) -Straight Cable – untuk device x sama (PC ke Router)
Element to think …. Topology/network design configure router
client = .100 gw = .1 s0 = .1 s1 = .2
To Start Configure.. -Start -Accessories -Communication -Hyper Terminal -put name and icon -change bit per second to 9600 -off and on Cisco router -Loading and type no to choose option. -follow the command and refer the topology.
Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.
Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in." Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi? Suami : Bad command or filename. Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli! Suami : Errorneous syntax. Abort? Isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia? Suami : Variable not found... Isteri : Abang ni memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali. Suami : Sharing Violation. Access denied... Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu. Suami : Too many parameters... Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem. Suami : Data type mismatch. Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la. Suami : It's by Default. Isteri : Macamana pula dengan gaji abang? Suami : File in use ... Try later. Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri? Suami : Unknown Virus. "
Pakai tudung tapi bertelanjang Itulah gaya orang sekarang Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang Yang mana kendur yang mana tegang Baju nipis nampak bayang Peha gebu saja ditayang Lebih baik tak pakai baju senang Dah tentu boleh tunjuk terang-terang Baju ketat seluar sendat Pakai tudung just ikat-ikat Dari mula memang bukan adat Disudut agama pun gaya tak berkat Tudung jarang baju nipis Pakai sikit boleh nampak 'garis' Mata orang terbeliak, kita membengis Bila kena kutuk, kenapa menangis Lengan pendek blaus gantung Jeans ketat melekat dipunggung Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung Agama tak suruh berbungkus macam pocong Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah Kalau takat rambut orang kurang ghairah Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah Mata yang memandang boleh keluar darah Kebaya ketat, kain terbelah Ikat tudung macam tak sudah Nak ikut suruhan agama memang tak mudah Tapi Islam sebenarnya indah Tutup aurat bukan suruh berselubung Sampai tak nampak muka dan hidung Yang faham tuntutan amat beruntung Taklah bersungut mulut pun muncung Dah kalau mula minat nak bertudung Cubalah sesuaikan apa yang disarung Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung' Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung Bertudung itu bukan satu paksaan Ianya lebih kepada keinsafan Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan Asal menutup aurat itu tuntutan Kalau dianggap susah, tu sebab bosan Yang ye nya hati tak berkenan Tu yang berjela-jela mencipta alasan Menutup aurat satu syariat Kepada agama kita taat Hidup berkat pahala berlipat-lipat Didunia selamat, di akhirat hebat Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat Mentelah pula berfesyen tak kena tempat Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis? Kita memang hidup dalam era serba maju Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu' Kita pun susah kenal, manusia ke hantu Banyak salah faham bila mula bertudung Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung No more pant suit, kebaya or kebarung Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung Bertudung bergaya biarlah yang sempurna Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa Pun tak usahlah juga terlebih gaya Islam itu suka yang sederhana Kenalah pula kita wanita bekerjaya Fesyen busana muslimah yang paling kena Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua Kalau sendiri memandang muka pun layu je Orang dok mengata, kita pun rasa terhina Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula Siapa kata kita tak boleh berwarna Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa' Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat Baik tak le payah berpura nak tutup aurat Kalau dah memang rasa nak berubah Peduli kata orang bukan dia yang susah payah Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah Bersamalah kita mengkaji semula Pakaian kita yang bagaimana gayanya Andai belum betul-betul bersedia Janganlah kita mencemar kesuciannya Andai terasa hidayah menyinggah Lakukan yang betul mengikut sunnah Menutup aurat jangan sekali dirasa payah Mengapa diperleceh, itukan perintah Andai dihati redha dan ikhlas Diwajah Nur terpancar jelas Walaupun bergaya tak berapa 'kelas' Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas Harap maaflah kalau terlalu panjang Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan Berpantun seloka bukan setakat hiburan Yang mana betul jadikan pedoman.